Friday 18 October 2013

KENYATAAN RASMI PAS DALAM ISU KALIMAH ALLAH. CUBA INGAT-INGATKAN.

Dibawah adalah kenyataan rasmi daripada Majlis Syura Ulama PAS, iaitu hierarki tertinggi di dalam jemaah PAS dimana apa yang telah dinyatakan, adalah disabitkan sebagai kenyataan rasmi PAS.


Oleh itu, diharap, ahli-ahli PAS memperjuangkan isu ini berdasarkan kepada apa yang alim ulama dan kepimpinan tertingga PAS telah nyatakan.

Takbir!!

(INI ADALAH ARTIKEL PERIBADI MODERATOR)

Friday 4 October 2013

PAS CAWANGAN RASA DAN PAS KAWASAN HULU SELANGOR DIKETUAI INSAN YG SAMA.

Segak bergaya dengan baju Hitam.
Pada 23 ZulKaedah 1434 yang lalu, PAS Cawangan Rasa yang diwakili 10 orang perwakilan telah hadir ke Mesyuarat Agong PAS Kawasan Hulu Selangor. Alhamdulillah, perjalanan mesyuarat agong itu telah berjalan dengan lancar.

1 usul PAS Cawangan Rasa telah dibahaskan, dan ianya telah disetujui untuk diterima tanpa bahas.

Haji Idris Ahmad.
Tn Haji Idris Ahmad juga telah mengekalkan sebagai YDP PAS Kawasan Hulu Selangor. Ini merupakan 2 tanggungjawab yang diperturunkan kepada YDP ini, iaitu sebelum ini, beliau telah diamanahkan menjadi Ketua Cawangan PAS Rasa.

Pihak moderator mengucapkan tahniah dan takziah kepada mereka yang telah memegang amanah, kerana tanggung jawab amanah itu amatlah berat.

Apa-apa, perjuangan Islam akan terus dipikul sehingga syahid. Takbir!!

(INI ADALAH CATATAN PERIBADI MODERATOR)