Friday 3 January 2014

SEKADAR KENANGAN: ihtifal pasti rasa sayang 2013:

Walaupun sudah memasuki tahun baru, dan PASTI Rasa Sayang sudah dibuka semula selepas cuti panjang, dibawah diturunkan gambar-gambar Ihtifal Pasti Rasa Sayang 2013 dahulu untuk kenangan.



YDP menjadi tetamu kehormat.


Menunggu program bermula..

Banner. Dibuat di Auditorium SIRIM Rasa.

Persembahan.

Suasana dalam auditorium..


Nak mula konvo. Dapat sijil tu..



Ni anak saya dalam stroller tu..... maaf..

Acara penyampaian sijil dan hadiah.

Ketua Pemuda sebagai tetamu VVIP.


Friday 18 October 2013

KENYATAAN RASMI PAS DALAM ISU KALIMAH ALLAH. CUBA INGAT-INGATKAN.

Dibawah adalah kenyataan rasmi daripada Majlis Syura Ulama PAS, iaitu hierarki tertinggi di dalam jemaah PAS dimana apa yang telah dinyatakan, adalah disabitkan sebagai kenyataan rasmi PAS.


Oleh itu, diharap, ahli-ahli PAS memperjuangkan isu ini berdasarkan kepada apa yang alim ulama dan kepimpinan tertingga PAS telah nyatakan.

Takbir!!

(INI ADALAH ARTIKEL PERIBADI MODERATOR)

Friday 4 October 2013

PAS CAWANGAN RASA DAN PAS KAWASAN HULU SELANGOR DIKETUAI INSAN YG SAMA.

Segak bergaya dengan baju Hitam.
Pada 23 ZulKaedah 1434 yang lalu, PAS Cawangan Rasa yang diwakili 10 orang perwakilan telah hadir ke Mesyuarat Agong PAS Kawasan Hulu Selangor. Alhamdulillah, perjalanan mesyuarat agong itu telah berjalan dengan lancar.

1 usul PAS Cawangan Rasa telah dibahaskan, dan ianya telah disetujui untuk diterima tanpa bahas.

Haji Idris Ahmad.
Tn Haji Idris Ahmad juga telah mengekalkan sebagai YDP PAS Kawasan Hulu Selangor. Ini merupakan 2 tanggungjawab yang diperturunkan kepada YDP ini, iaitu sebelum ini, beliau telah diamanahkan menjadi Ketua Cawangan PAS Rasa.

Pihak moderator mengucapkan tahniah dan takziah kepada mereka yang telah memegang amanah, kerana tanggung jawab amanah itu amatlah berat.

Apa-apa, perjuangan Islam akan terus dipikul sehingga syahid. Takbir!!

(INI ADALAH CATATAN PERIBADI MODERATOR)

Monday 30 September 2013

Ini adalah blog Rasmi PAS Cawangan Rasa.

Tarikh 24 Zul Kaedah 1434, adalah satu tarikh, dimana, blog Rasmi, PAS Cawangan Rasa, digejuiskan. Saya sebagai moderator sementara, telah diberikan kebenaran oleh Ketua Cawangan untuk mendirikan blog ini sebagai wadah perjuangan di alam siber.

Lambang asal PAS. Pada sesiapa yang tak tahu atau dah lupa..
Biarlah ianya dianggap terlambat oleh gejuis-gejuis, namun, biarlah terlambat, jangan tidak buat langsung.

InsyaAllah, esok, artikel pertama akan dimuatkan, jika tiada aral melintang. Dan perlu diketahui, artikel yang TIDAK DISEBUT "HANYA PANDANGAN PERIBADI PENULIS" adalah dianggap sebagai lidah rasmi dari PAS Cawangan Rasa.

Perkara ini perlu disebut oleh moderator, kerana sekarang ini, terdapat banyak blog PAS, yang digunakan seperti milikan peribadi moderator blog tersebut.

"Mati dijalan Allah, cita tertinggi kami!"...........